KERIAN: Tidak betah terus bergantung rezeki pada bidang nyanyian, penyanyi Datuk Jamal Abdillah berjinak-jinak dalam bidang ternakan lembu secara komersial sejak sebulan lalu.
Pemilik nama sebenar Jamal Ubaidillah Mohd Ali, 64, ini juga berimpian mahu mempromosi bidang pertanian agar lebih ramai bumiputera terlibat dalam bidang tersebut.
"Sekarang saya mulakan dengan 20 ekor lembu, perancangan saya akan bawa masuk 80 ekor lagi induk lembu bagi menambah induk sedia ada pada tahun ini juga," katanya ketika ditemui Bernama di ladang ternakan lembunya di Bukit Merah, di sini.
Ladang seluas hampir dua hektar itu dilengkapi dengan kandang lembu yang boleh memuatkan 300 hingga 400 ekor haiwan itu dan kawasan untuk menternak kambing yang juga dalam perancangannya.
Pelantun lagu Kekasih Awal dan Akhir itu berkata berbanding ternakan ikan hiasan Arowana sejak 2009, menternak lembu lebih mudah.
Menurut Jamal, Jabatan Perkhidmatan Verterinar (JPV) juga sentiasa bersedia membantu beliau memberikan khidmat nasihat dalam membantu menguruskan penternakan lembu tersebut.
Menyentuh mengenai ladang ternakan ikan Arowananya yang juga terletak di Bukit Merah, Jamal berkata minat terhadap ikan hiasan membuatkan dia mahu mengekalkan perniagaan tersebut.
Katanya sebelum ini perniagaan itu dijalankan secara sistem 'pawah' atau pajakan, tetapi kini ia dimulakan semula dan merancang mengeksport hasil tersebut ke luar negara.
"Bidang ternakan ikan hiasan dan lembu ini amat berpotensi memberi hasil lumayan jika dilakukan dengan konsisten.
"Tidak terkecuali masih banyak ruang boleh diteroka oleh usahawan Melayu yang mahu menceburkan diri dalam bidang ini, apatah lagi untuk membantu usaha kerajaan memperkukuh keterjaminan makanan negara," katanya yang berulang-alik dari Kuala Lumpur menguruskan kerjaya nyanyian dan ladangnya di Perak.
Katanya kerajaan melalui pelbagai agensi sentiasa membantu dari segi khidmat nasihat dan kursus bagi mereka yang berminat menjadi penternak dan peladang.
Menyentuh kerjaya nyanyian, Jamal yang baru dikurniakan cahaya mata keempat hasil perkongsian bersama isterinya Datin Zai Izzati Khiruddin, April lepas berkata dia akan terus menyanyi selagi diterima peminat.
"Selagi orang suka saya menyanyi, saya akan terus menyanyi. Saya melakukan senaman dan menjaga pemakanan bagi menjaga kualiti vokal," katanya yang berkongsi rahsia masih berbisa.
Sebelum ini dilaporkan ladang ternakan Jamal mendapat perhatian JPV dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Lokman Hakim Ali meluangkan masa melawat ladang berkenaan.
Inisiatif tersebut dipuji kerana penyanyi itu mengambi langkah bijak menyahut seruan kerajaan memastikan keterjaminan makanan negara.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 15 2023
Penyanyi Datuk Jamal Abdillah memberi makanan kepada ternakan lembu ketika ditemui Bernama di ladang ternakannya di Bukit Merah baru-baru ini. - Foto Bernama
Saham MAHB alami kejatuhan ketika urus niaga diteruskan semula, pelabur dinasihat terima tawaran
Saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengalami kejatuhan sejurus urus niaganya disambung semula hari ini.
Terengganu rekod 10 kes strok haba, kelesuan haba sepanjang April
Sebanyak 10 kes strok haba dan kelesuan haba direkodkan berlaku di Terengganu sepanjang April lalu membabitkan kumpulan berisiko terutama buruh ladang dan pekerja binaan.
Bursa Malaysia naik pada dagangan awal
Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan semula pada dagangan awal, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang positif.
Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kes samun, cubaan culik
Anggota unit D9 IPK Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai melakukan serbuan kira-kira pukul 10.50 pagi hingga 4.50 petang.
Ringgit naik kepada 4.68 berbanding dolar AS pada sesi pembukaan
Mohd Afzanizam berkata mata wang tempatan boleh berada pada paras RM4.67 hingga RM4.68.
Isu telaga jejari: Kerajaan Kelantan beri kerjasama penuh kepada SPRM
Mohamed Fadzli berkata Kerajaan Kelantan tidak akan menganggu proses penyiasatan yang sedang berjalan.
Pilihan raya AS: Biden, Trump setuju dengan dua Debat Presiden
Joe Biden dan Donald Trump setuju mengadakan dua Debat Presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya.
Legasi Sudirman wajar diteruskan - Aznil
Sudirman mengubah pandangan masyarakat terhadap penggiat seni apabila menampilkan benchmark baharu - iaitu artis perlulah terpelajar.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Android akan tambah ciri kenal pasti kejadian ragut, kunci peranti
Menerusi kemas kini terbaharu, peranti Android akan dapat mengenal pasti telefon sekiranya diragut perompak dan mengunci akses.
Teguran Perdana Menteri: Anak Jamal Abdillah, Zaki Yamani terkena tempias
ZAKI Yamani lain yang muat naik status, Zaki Yamani lain pula yang kena tempias. Begitulah yang dilalui oleh penyanyi, Zaki Yamani yang juga anak kepada penghibur tersohor, Datuk Jamal Abdillah.
Jamal Abdillah, Dayang Nurfaizah bergabung dalam konsert amal Alunan Irama
Jamal bersyukur kerana bakat yang dimilikinya mampu membantu golongan memerlukan menerusi konsert tersebut.
Keluarga dan sahabat ziarah SM Salim
Keluarganya turut mengadakan majlis bacaan surah Yasin yang dihadiri kira-kira 60 orang bagi mendoakan kesejahteran seniman itu.